berita

Hanya Isteri Keluar Bekerja Tampung Keluarga, Lelaki Selesa Duduk Rumah Jaga Anak

June 16th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Satu video perkongsian seorang lelaki dari Sulawesi Tengah menjadi tular selepas dia menceritakan kisah hidupnya menjadi seorang ‘suri rumah’ sementara isterinya keluar bekerja.

Gagal ujian kakitangan kerajaan

Dalam satu video yang dimuat naik pengguna Dedi Rosalam, difahamkan dia telah menganggur sejak tahun 2019 selepas gagal dalam satu ujian untuk menjadi kakitangan kerajaan.

Saya dan isteri sama-sama mengambil ujian tersebut, namun hanya dia yang terpilih.

Walaupun begitu, isteri tetap memilih untuk berkahwin dengan saya. Saya mempunyai diploma dalam jurusan teknik komputer namun belum ada rezeki untuk tawaran bekerja. Jadi, saya memilih untuk duduk di rumah dan menjaga anak.

Tambahnya lagi, kadang kala dia berasa malu dengan jiran tetangga yang melihat isterinya keluar bekerja, dan dia hanya duduk di rumah menjaga anak.

Meskipun itu, Dedi berkata, isteri dan keluarga mentuanya sangat memahami, disebabkan itu dia kini cuba mencari pendapatan dengan menjadi seorang pencipta kandungan di laman TikTok.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dikongsikan Dedi itu telahpun mendapat lebih 14 juta tontonan, dan dia kini telah mengumpul lebih 40 ribu pengikut dengan ciptaan kandungan bertema komedi.

Video

@dedirosalam

Aku temanmu bang @bardan salam ? #nganggur #nganggurbahagia #pengangguran #teknik #teknikkomputer

? Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Sumber: Wolipop, Tiktok @dedirosalam

SKIP THIS AD ×