berita

Hanya Kerana Remote TV, Lelaki Bunuh Jiran, Sumbat Dalam Tong Sebelum Campak Ke Sungai

July 17th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Thoothukudi Tamil Nadu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dibunuh dengan kejam hanya kerana remote control televisyen. Dia yang sering berkunjung ke rumah jiran untuk menonton televisyen menjadi mangsa amarah jirannya yang ketika itu sedang bertengkar.

Cekik, buang dalam sungai

Sekadar gambar hiasan

Dalam laporan India Today, suspek mencekik mangsa dan memasukkannya ke dalam tong sampah yang bertutup. Kemudian dia menghubungi rakan untuk membantunya membuang mayat ke dalam sungai.

Mangsa biasa pergi ke rumah jirannya untuk menonton TV kerana tempatnya tidak mempunyai elektrik.

Pada hari kejadian, mangsa meminta jiran remote TV untuk menukar saluran ketika dia sedang bertengkar dengan ayahnya.

Dipercayai kerana tidak dapat mengawal marah, kanak-kanak itu menjadi mangsa pembunuhan yang dahsyat. Mangsa dibuang ke dalam sungai yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Didakwa di bawah pengaruh dadah

Sekadar gambar hiasan

Polis Tamil Nadu telah menangkap suspek dan seorang rakan di atas tuduhan membunuh.

Dua orang telah ditangkap. Kejadian itu berlaku sekitar jam 11:30 pagi. Kami menerima maklumat sekitar jam 2:30 petang dan dalam beberapa jam kami berjaya menangkap suspek.

Suspek pernah bertengkar dengan ayahnya sebelum ini dan perkara sama berlaku pada pagi Rabu.

Menurut polis, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Tirunelveli untuk bedah siasat. Siasatan lanjut kini sedang giat dijalankan.

Sementara itu, beberapa laporan mendakwa suspek ketika kejadian berada di bawah pengaruh dadah. Suspek dan rakannya juga didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak tersebut namun setakat ini polis belum dapat mengesahkan dakwaan yang dibuat.

Sumber : India Today

SKIP THIS AD ×