berita

Hanya Sekali Lafaz, Risteena Sah Bergelar Isteri Isa Khan

March 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Isa Khan dan Nur Risteena akhirnya telah sah bergelar suami isteri sebentar tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Risteena menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Majlis akad nikah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Mengenakan busana berwarna putih, pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 10.40 pagi. Majlis yang diadakan secara ringkas itu turut dihadiri adik kepada Risteena juga iaitu Ruhainies.

Sebelum ini, Risteena dan Isa hanya memberi bayangan bahawa mereka bakal menamatkan zaman bujang pada bulan Mac ini. Namun, masing-masing memilih untuk merahsiakan tarikh perkahwinan mereka terlebih dahulu. Mengikut perancangan sebenar, pasangan ini ingin bernikah pada 20 November yang lalu. Disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, mereka terpaksa menunda majlis tersebut.

Sumber: Risteena Munim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×