berita

‘Hanya Untuk Koleksi Saya & Butik Saya’ – Pemilik Butik Pengantin Tampil Mohon Maaf

November 7th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Tular di media sosial beberapa gambar photoshoot di tapak perkuburan Kristian mengundang kritikan hebat dalam kalangan netizen. Tindakan demikian adalah tidak sewajarnya dan disifatkan juga tidak menghormati agama lain.

Terbaru, pemilik butik pengantin berkenaan tampil memohon maaf melalui sesi siaran langsung (Live) di Facebook (FB) miliknya.

Saya khilaf dan minta padam semuanya

https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/videos/736743053461540/?v=736743053461540&external_log_id=5f3227020104650406ca0fbe7257341e&q=butik%20pengantin%20nur%20amirah%20mohon%20maaf

Dalam Live Facebook tersebut, pemilik butik pengantin itu memohon maaf kepada semua pihak berikutan tindakannya memuat naik gambar dan mengadakan sesi fotografi bersama model wanita berpakaian pengantin di kawasan perkuburan bukan Islam di Batu Pahat, Johor, tempoh hari.

Saya memohon maaf secara terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam terutama yang beragama Kristian. Atas kesilapan saya yang memuat naik gambar yang mencetuskan sensitiviti perkauman.

Saya mengakui itu adalah kesalahan saya. Saya tiada niat untuk mempersendakan mana-mana agama dan ini hanya untuk koleksi saya dan butik saya sahaja.

Terima kasih atas komen dan keprihatinan

Nur Amirah berharap tiada pihak menyalahkan model, jurugambar dan jurusolek yang terbabit dalam sesi fotografi berkenaan melainkan dirinya.

Harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan tidak ada mana-mana pihak terbabit kecuali diri saya dipersalahkan kerana semua atas tanggungjawab saya.

Terima kasih atas komen dan keprihatinan. Mohon semua pihak mengambil permohonan maaf ini secara serius dan tidak ada tindakan susulan.

Sumber: Metro, Mummyqueen Wedding Culture

SKIP THIS AD ×