berita

‘Upload Di FB Untuk Suka-Suka’ – Pemilik Butik Photoshoot Di Kubur Nafi Mahu Cari Publisiti

November 6th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Perlakuan tidak sopan sebuah butik pengantin mengambil gambar photoshoot di tapak perkuburan mengundang kritikan ramai. Netizen menganggap mereka seolah-olah tidak sensitif dengan menjadikan perkuburan sebagai latar belakang.

Di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Amin turut mengecam tindakan biadap mereka yang sanggup melakukan apa sahaja demi publisiti.

Hormat agama orang lain – PU Amin

DEMI NAK VIRAL | Adoi pelik pelik lah zaman sekarang ni. Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur kristian ni.

Mungkin nak promot baju, mekap artis atau pakej kahwin, atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubur? Tak tahu nak gelak ke nak marah ke atau camna.

Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan-rakan saya yang beragama kristian, mereka orang kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka. Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur.

Dorang datang dan balik. Sambil fikir hal kematian. Kita pula boleh posing bergambar. Aneh tuan tuan. Aneh. Hormatlah agama orang lain. Kalau dorang buat dekat kubur kita macam mana? Pada kawan-kawan kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini. Ya Allah, apa sudah jadi dengan dunia. Macam macam cara marketing orang sekarang. Ikut lah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik pelik’. Bak kata shuib sepahtu “peninggg arrrrr”.

‘Upload di FB untuk suka-suka’

Menerusi Harian Metro, pemilik butik pengantin, Nur Amirah mengakui kesilapan dan nafi mahu mencari publisiti dengan menjadikan kubur sebagai lokasi photoshoot.

Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung. Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.

Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara. Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama.

Katanya, dia merujuk foto daripada luar negara sebagai inspirasi dan langsung tiada niat mahu mempersendakan agama.

‘Bukan untuk marketing’

Tambah Nuramirah lagi, gambar yang diambil pada Ahad lalu di tanah perkuburan Kristian Batu Pahat adalah koleksi peribadi dan dimuatnaik di Facebook bukan untuk marketing.

Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.

Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu.

Ekoran daripada kecaman yang bertubi-tubi, pemilik butik bertindak menutup akaun Facebook buat sementara waktu sehingga keadaan kembali redha.

Sumber : PU Amin , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×