berita

Hanya Workout Di Rumah, Bapa 4 Anak Transform Daripada Boroi Ke Six Packs Dalam 3 Bulan

July 8th, 2020 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Dalam masa tiga bulan sahaja, bapa kepada empat orang anak ini mampu mendapatkan bentuk tubuh idaman dengan melakukan senaman di rumah. Paling menarik, perutnya yang dahulu boroi kini kempis sehingga mempunyai otot.

Yang penting seratus peratus semulajadi tanpa suplemen dan tidak perlu ke gimnasium. Jom ikuti perkongsian daripada Raeiz Hamed ini.

90% workout

Ianya bermula pada akhir 2019, di mana saya adalah seorang runner dari tahun 2015, tapi saya masih boroi. Dengan sedikit research yang saya buat, saya mulakan journey saya untuk dapatkan sixpack yang saya idam-idamkan since 2012.

90% workout saya adalah dari rumah sahaja, di luar rumah pun saya hanya jogging sahaja, tidak ke gym. Dan workout saya tidak menggunakan apa-apa alat khusus, hanyalah bodyweight semata-mata.

Saya mengamalkan diet sihat yang pada mulanya agak menggerunkan saya bila saya find out, untuk seminggu sahaja menelan belanja hampir RM 300! Tapi itu kalau ikut cara barat. So saya buat research diet-diet mengikut citarasa Malaysia. Dan alhamdulillah menu-menu orang kita banyak yang sihat-sihat, senang nak cari dan tak pelu kos yang mahal. Seminggu lebih kurang RM 80 sahaja!

Sixpack dalam 3 bulan

Saya istiqamah untuk mencapai target saya dapatkan sixpack, dan alhamdulillah pada bulan 3/2020, saya telah berjaya mendapatkan sixpack, bentuk badan yang lean dan lifestyle saya turut berubah kepada yang lebih sihat! Dan saya terkejut kerana ada sesetengah orang nak dapat sixpack makan tahun jugak.

Sewaktu PKP, tercetus idea saya untuk train beberapa pengguna FB secara random, dan mereka pun berjaya membuat transformasi diri mereka sendiri dengan method yang saya gunakan, ada yang achieve target dalam tempoh 2 bulan sahaja.

100% natural

100% natural
100% tanpa gym
100% tanpa produk atau suppliment.

Dari rumah je

Terutamanya lepas PKP ramai yang cakap “berat aku naik lepas PKP” dan ramai jugak bagi alasan takde masa nak workout, takde masa nak diet, takde masa nak ke gym.

Jadi bagi sesiapa yang berminat nak hapuskan perut boroi tu, jom ikuti senaman seperti yang dikongsikan di atas. Tiga bulan je!

Sumber : Capt Raeiz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×