berita

‘Happy Birthday Again My Love, Semoga Terus Melangkah Ke Depan Dengan Kejayaan Di Dunia Akhirat’ – Fazura

September 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ucapan Birthday Fazura Buat Fattah Amin

Pelakon jelita, Fazura menitipkan ucapan buat suami tercintanya yang juga merupakan pelakon, Fattah Amin sempena ulang tahun kelahiran yang ke-33 baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Buat Macam Mana, Suami Kita Helok’ – Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin

‘Love you always’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin, 39, memaklumkan bahawa kesibukan bekerja dan kekangan waktu menyebabkan dia terlambat berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahiran suaminya itu.

Baru ada masa nak kongi beberapa foto pada hari sambutan. Tahun ni ketandusan idea, jadi tema untuk birthday tahun ni ialah movie-star-theme for you since you are one. I’m glad you liked it.

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Lagenda Budak Setan’ ini turut mendoakan agar suaminya memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Happy birthday again my love, semoga terus melangkah ke depan dengan kejayaan di dunia akhirat. Amin, love you always.

Respon netizen

Ucapan Birthday Fazura Buat Fattah Amin

Ucapan Birthday Fazura Buat Fattah Amin

Ucapan Birthday Fazura Buat Fattah Amin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa agar buat Fattah Amin sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 27 November 2017 yang lalu.

Hasil dari perkahwinan mereka itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×