berita

Happy Dapat Berduet Dengan Penyamar Suara Sumbang, Zizi Kirana ‘Terkena’ Dalam ICSYVM

June 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Setiap hari Ahad, pasti korang tak sabar nak menyaksikan rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM3) musim ketiga. Betul tak? Maklumlah, selain korang berteka-teki siapakah penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang, rancangan tersebut juga menampilkan penyiasat jemputan dan artis undangan yang menarik.

Gembira dapat duet dengan penyamar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Dalam episod kedua semalam, Zizi Kirana merupakan artis yang diundang oleh ICSYVM3. Manakala, Ungku Ismail dan Siti Saleha sebagai penyiasat jemputan. Suasana studio juga turut menjadi gamat apabila Zizi memberitahu dia bahagia apabila dapat berduet dengan penyamar. Tambahnya, kebiasaan dia akan berduet dengan penyanyi dan kali ini merupakan impiannya. Ujarnya lagi, perasaan dia turut bercampur baur apabila menyingkirkan kesemua penyanyi sebenar.

Dapat bawa balik RM3000

Rata-rata netizen yang menonton episod semalam, meninggalkan komen di mana mereka kecewa Zizi Kirana tidak memilih peserta yang merupakan penyanyi sebenar. Walau bagaimanapun, mereka mengucapkan tahniah buat peserta penyamar kerana meraih wang tunai RM3 ribu.

Sumber: TV3 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×