berita

Satu Studio Terhibur, Anak Saudara Shuk Jadi Penyamar Suara Sumbang ICSYVM3

June 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM3) musim ketiga kembali bersiaran untuk bahagian kedua selepas ditangguhkan seketika disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Dalam episod pertama, salah seorang daripada peserta yang tampil merupakan anak saudara kepada pengacara program itu sendiri iaitu Shuk Sahar. Keadaan studio turut menjadi gamat apabila lelaki yang dikenali sebagai D. Muhd Shyukur Ashrey memperkenalkan siapa gerangan pak ciknya itu.

Buat hal bawa anak saudara

Menerusi video berdurasi 4:40 saat, rata-rata netizen terhibur apabila penyamar bersuara sumbang itu memberitahu bahawa dia merupakan anak saudara seorang pengacara terkenal iaitu Shuk Sahar. Kesemua barisan penyiasat iaitu Fara Fauzana, Yusry Abdul Halim, Mark Adam, Ungku Hariz dan Jihan Muse tertawa sebaik sahaja dia membuat pengumuman tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan episod ICSYV itu. Naim Daniel merupakan artis jemputan yang dijemput untuk episod tersebut.

Boleh jadi pelawak juga

Rata-rata netizen terhibur mengenai gelagat yang ditunjukkan oleh penyamar tersebut. Menurut mereka, D. Muhd Shyukur Ashrey boleh jadi seorang pelawak.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×