berita

Haqiem Rusli Tak Kecil Hati Ditewaskan Pelawak Di Famili Duo – ‘Saya Dah Terbiasa Tersingkir, Adat Pertandingan’

December 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

iem

Penyanyi Haqiem Rusli tidak berkecil hati meskipun ditewaskan oleh pelawak, Sharif dan Saiful Zero dalam konsert akhir Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Akan Teruskan Menyanyi Sebab Peminat Suka..Mungkin Akan Keluar Dengan Band’ – Sharif & Saiful Zero

Artikel Berkaitan: Sharif & Syaiful Zero Dinobat Juara Famili Duo Musim Ketiga, Bawa Pulang RM100,000

‘Saya dah melalui perkara sebegini banyak kali’

Ketika ditemu bual, Haqiem berkata bahawa menang dan kalah adalah adat pertandingan malah dia percaya apa yang berlaku berbalik kepada rezeki masing-masing. Malah semua orang yang berpontensi, layak untuk bergelar juara tidak kira lah mereka penyanyi atau pelawak.

Saya okey sahaja, jujurnya saya dah melalui perkara sebegini banyak kali dan ada yang saya menang, ada sebaliknya.

Dahulu saya masuk rancangan Mentor Milenia pun minggu pertama sudah tersingkir, jadi saya sudah terbiasa, adat bertanding begitulah, takkan semua kita mahu menang.

Namun penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, melibatkan diri dalam Famili Duo secara tidak langsung membuka matanya untuk mempertingkatkan kebolehan dirinya sebagai anak seni.

Platform Famili Duo sangat bagus untuk saya tingkatkan lagi mutu persembahan, mungkin selepas ini aksi saya lebih berkonsep atau ada penari dan sebagainya.

Saya tahu penyanyi bukan sekadar menyanyi tetapi perlu menjadi penghibur.

Pelantun lagu Tergantung Sepi itu tidak menolak kemungkinan akan fokus kepada seleksi rancak termasuk dangdut dan bukan hanya tertumpu kepada genre balada sahaja.

Sekadar info, Haqiem Rusli dan sepupunya, Ariff Bahran menduduki tempat ketiga dengan meraih markah sebanyak 58.3 peratus. Juara Sharif dan Saiful mendapat 81 peratus manakala Adira dan Emma Suhaimi (60.6 peratus).

SKIP THIS AD ×