Personaliti media sosial, Haqiem Stopa meluahkan rasa berang apabila terdapat individu yang meninggalkan komen mengenai lelaki berbangsa Cina semasa dirinya sibuk bersiaran langsung di TikTok.

Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Dakwa Sukar Bertemu Anak – ‘Aku Tahu Silap, Tapi Nak Jumpa Darah Daging’ 

Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwaan Restoran Ayam Gepuk Kotor, Ini Jawapan Haqiem Stopa – ‘Kedai Di KL Sudah Lama Tak Beroperasi’

Usaha berniaga diganggu

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, berkongsi tangkap layar satu komen yang didakwa mengganggu fokusnya ketika sedang berniaga menerusi siaran langsung.

Dalam hantaran sama, individu terbabit dipercayai meninggalkan komen berbaur provokasi susulan perkongsian dibuat bekas isterinya, Aireena Sofia, berkaitan seorang lelaki berbangsa Cina.

Aku nak berniaga saja. Aku nak cari makan. Aku bukan minta sedekah.

Dalam pada itu, Haqiem mengakui bahawa dirinya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aireena Sofia sekiranya sudah menemui pengganti teman hidup.

Selain itu, Haqiem turut berharap agar tiada mana-mana individu yang melampaui batas sehingga mengganggu kelancaran hidupnya khususnya dalam meneruskan usaha mencari rezeki.

Aku tak kacau orang nak bahagia, aku doakan yang baik-baik. Tak pernah sekali pun doa yang buruk.

Tapi janganlah melampau.

Nak minat, pergi la minat. Jangan jadi bodoh.

Terdahulu Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Threads @haqiem_stopa