berita

‘Harap Bukan Anak Melayu Kita’ – Mural Diconteng, Aznil Hj Nawawi Mohon Ampun

July 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, negara digemparkan dengan satu isu di mana lukisan mural gergasi yang memaparkan potret pemimpin-pemimpin negara telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan, terdapat perkataan kesat ditulis di muka pemimpin-pemimpin negara tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Busuknya Hati!’ – Mural Pemimpin Negara Diconteng Kata-Kata Kesat, Netizen Bengang

Susulan daripada itu, golongan selebriti dan segelintir netizen meluahkan perasaan malu terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut. Mereka juga memberi beberapa cadangan mengenai hukuman yang perlu dikenakan.

Patik malu

Menerusi Instagram, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong di atas tingkah laku individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Halau keluar dari Malaysia!

Sementara itu, netizen dan rakan artis membanjiri ruangan komen memohon hukuman setimpal dikenakan kepada pelaku.

Padam ja dalam kad pengenalan

Sumber: Datuk Aznil Hj Nawawi

SKIP THIS AD ×