Baru-baru ini, dinding bangunan sebuah rumah kedai di Shah Alam, Selangor mencuri tumpuan orang ramai apabila terdapat lukisan mural gergasi yang memaparkan potret pemimpin-pemimpin negara. Antaranya, potret Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kesihatan.
Terbaru, lukisan potret tersebut telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan, terdapat perkataan kesat ditulis di muka pemimpin-pemimpin negara tersebut.
Busuknya hati!
Busuknye hati ??? pic.twitter.com/9jOQDKwTgm
— Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020
Menerusi video 0:14 saat, kelihatan hampir kesemua lukisan mural tersebut diconteng menggunakan ‘spray’ merah. Perkataan kesat juga ditulis di bersebelahan beberapa potret tersebut. Pihak polis, para media dan pelukis mural tersebut iaitu ‘Miey Ali’ atau nama sebenarnya Muhammad Suhaimi Ali dipercayai sudah berada di lokasi untuk berbincang mengenai kes yang berlaku. Menurut sumber, terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi mengesan individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Sempat bergambar bersama potret
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret baginda. Di samping itu, Dr Noor Hisham dan Dato’ Sri Ismail Sabri turut melawat tempat tersebut.
Ini satu penghinaan
Padam keseluruhan lukisan
Susulan tindakan ‘Vandalism’ pada lukisan mural yang viral di Shah Alam. Pihak Berkuasa Tempatan (MBSA) bertintak pantas padam keseluruhan lukisan terbabit. Syabas! Kepada yang buat kerja jahat, berhenti lah! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kena juga nanti.
Terbaru, menerusi Facebook Friends Of PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (MBSA) telah memadam keseluruhan lukisan tersebut.
Sumber: Mr James Labu