berita

‘Harap Tahun Depan Sambut Tahun Baru Cina Bertiga’ – Elizabeth Tan

February 13th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi hantaran dirinya yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina menerusi Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Kekok Kena Bagi Angpau, Tak Pernah Beli Baju Hitam Untuk Tahun Baru Cina – ‘Lambang Nasib Malang’

Harap beraya ‘bertiga’ tahun depan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Menerusi hantaran tersebut, Elizabeth yang mesra disapa Lizzy dilihat begitu anggun memakai baju berona merah jambu bersama suaminya, Siew Jim.

Di ruangan kapsyen, Lizzy juga sempat meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata dan berharap agar dapat menyambut perayaan tersebut ‘bertiga’ pada tahun hadapan.

Tema merah jambu untuk raya berdua tahun ini, harapnya Tahun Baru Cina pada tahun depan kami dapat beraya bertiga.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian rakan artis dan wargamaya yang rata-ratanya mendoakan agar Lizzy dan suami dikurniakan cahaya mata.

Sekadar info, Lizzy dan Siew mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021 lalu.

Sepanjang tiga tahun perkahwinan, mereka masih lagi belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata dan memaklumkan mereka masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Komen netizen

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

SKIP THIS AD ×