Produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd bakal dinaikkan harga bermula dari RM0.05 sen hingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Menurut syarikat itu juga, harga baru akan mula diinvois mulai 1 Disember 2020. Peningkatan harga itu akan melibatkan produk roti seperti Delicia Butterscotch, Delicia Choco Raisin, Delicia Raspberry Mikk & Cranberries, Toast’em Butter Raisin, Squiggles Choco Malto, Squiggles Funky Strawberry, Delicia Soft Roll Butter Toffee, Fluffy Bun Red Bean dan Delicia Sambal Bilis.
Kenaikan harga bahan mentah
Kebanyakan kenaikan harga ini disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.
Manakala, Gardenia lebih fokus untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi. Keputusan mereka untuk meningkatkan harga produk merupakan pilihan terakhir. Namun, tiada peningkatan harga bagi produk lain.
Sumber: Astro Awani.