Foto: Ikan Empurau
Tidak dinafikan di pasar-pasar basah terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual kepada orang ramai. Harga-harga ikan ini, berbeza mengikut jenis ikan itu sendiri. Malahan, terdapat harga ikan yang boleh mencecah ribuan ringgit. Walaupun, harganya yang mahal ikan ‘istimewa’ ini masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!
Ikan kayangan
Foto: Humansicks
Menerusi gambar tersebut, ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga RM500 per kilogram. Mengikut kiraan, jika ikan itu ditimbang beratnya boleh mencecah 11 kilogram dan menjadikan harganya adalah RM5,700. Fuhh memang mahal betul ni!
Harga dia boleh angkat Iphone 12 Pro Max
Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia.
Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.
Memang mahal ikan ni!
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini.
Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.
Info ikan
Foto: SukaSukaMy
Sumber: Humansick