Setiap kali menjelang bulan Ramadan, menu roti John boleh dikatakan antara menu wajib yang perlu ada untuk juadah berbuka puasa. Ramai daripada kita yang sanggup berbaris panjang semata-mata untuk membeli roti John yang dijual di bazar Ramadan. Betul tak?
Sebenarnya, tidak susah pun nak buat roti John, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Jadi, kami kongsikan resepi roti John Cheese Leleh. Memang tangkap leleh beb!
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 2 biji bawang putih dipotong dadu
- Roti panjang untuk sosej
- Kobis
- Keju Cheddar
- Kepingan keju
- Mayonis
- Garam, gula secukup rasa
- Daging/ayam cincang
Cara-cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.
2. Setelah masak angkat dan letak inti ke tepi.
3. Pukul telur. Masukkan inti daging tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung.
5. Sapukan permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper seketika dan angkat.
6. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar di atasnya memenuhi permukaan inti.
7. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti itu.
8. Bila dah masak inti dan telur, balikkan roti seketika dan angkat.
9. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi disapu sos, mayonis dan letak kan kepingan keju serta kobis yang dihiris nipis di dalamnya.
10. Potong dan sedia dimakan.
Sumber: Ibu Resepi