berita

Hargai Pertolongan Adik, Sweet Qismina Beli Kereta Polo Volkswagen ‘Cash’

April 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bertuahnya adik pelakon Sweet Qismina iaitu Farhanna Qisrina Supand apabila menerima sebuah kereta jenis Polo Volkswagen sebagai hadiah istimewa.

Hargai adik

Ketika ditemui OhBulan!, Sweet memberitahu kereta itu dibeli secara tunai bernilai RM80,000.

Kata aktres berumur 25 tahun ini, tujuan menghadiahkan kenderaan itu untuk memudahkan adiknya membantu ibu bapa mereka sekiranya dia sibuk bekerja.

Saya beli tunai kereta itu, memang dah tak ada bulanan. Tak ada sebab lain pun. Sebab adik dah habis sekolah dan perlukan kenderaan untuk ke kolej nanti.

Saya pun akan sibuk dengan kerja dan tidak lama lagi berkahwin. Selama ini kalau adik hendak ke mana-mana, saya yang akan hantarkan.

Adik pun sudah boleh memandu sendiri, jadi selepas ini mudahlah dia untuk bergerak dan membawa ibu bapa keluar berjalan-jalan. Memang niat untuk hargai adik sebab dia dah banyak tolong saya.

Tetap jaga mama

Biarpun ada adik yang boleh diharapkan, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi tidak akan melepaskan tanggungjawabnya dalam menjaga kedua orang tua.

Boleh consider juga ini hadiah sebelum saya kahwin. Mama dengan saya memang rapat. Tapi bukan la saya lepas tangan daripada jaga mama. Mama tetap di bawah tanggungjawab saya. Apa-apa pun memang saya akan jaga.

Sekadar info, tunang kepada aktor Adam Lee ini merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Sweet mempunyai dua orang abang dan seorang kakak.

Namun kakaknya, Farhanna Qistina, meninggal dunia pada usia 21 tahun dalam kemalangan jalan raya pagi 1 Syawal pada 18 Jun 2015.

Sumber: Instagram @sweetqismina

SKIP THIS AD ×