Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan bahawa salah seorang cahaya matanya iaitu Yusoff Al Qardawi mengalami masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Sebak Kongsi Kisah ‘Broken Family’ Suami, Aliff Syukri Pesan – ‘Gaduh Macam Mana Pun Jangan Cerai’

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Ammar Tak Trauma, Cukup Makan, & Sihat Tubuh Badan’ – Shahida

Alami ADHD

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu bertanya kepada warganet tentang ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai ADHD.

Macam mana ciri-ciri anak ADHD? Saya tak boleh beza aktif dengan ADHD.

Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid, 41, kemudian membalas ciapan tersebut dengan memaklumkan bahawa anak keempatnya itu turut mengalami masalah tersebut.

Menurut Shahida, Yusoff merupakan seorang kanak-kanak yang terlalu aktif, tidak mempunyai perasaan takut selain melakukan perkara yang tidak dijangka.

Anak saya Yusoff pun ada ADHD.

Saya ada ramai anak lelaki, semua lasak tapi Yusoff lasaknya lain macam.

Dia tak ada rasa takut, dia tak suka ditekan-tekan dan dia suka buat benda-benda yang kita tak jangka.

Masa umur setahun dua, hari-hari ada benjol di kepala.

Ketika disoal tentang rawatan yang diberikan kepada Yusoff, isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, anaknya tidak diberikan sebarang ubat-ubatan, sebaliknya hanya menjalani sesi terapi.

Tak (makan ubat). Saya hantar terapi sahaja.

Sumber: Threads