berita

‘Hari-Hari Kena Duk Luaq’ – Kanak-Kanak Perempuan Dakwa Didera, Kena Pukul Ibu Tiri?

July 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes penderaan kanak-kanak semakin hari semakin membimbangkan. Bukan hanya ada kes pengasuh yang mendera anak tetapi ada juga ibu bapa kandung yang mendera anak sendiri seperti tiada perasaan.

Menerusi Twitter Jurais berkongsi video seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang duduk keseorangan di luar rumah keluarganya. Apabila ditanya mengapa duduk diluar, kanak-kanak ini hanya mengatakan bahawa ibunya memaksa tinggal di luar rumah. Mangsa turut mendakwa didera oleh ibu bapanya.

Mak tak bagi duduk dalam rumah

Rumah siap berkunci tak bagi masuk

Didera mak bapak

Kena simbah air panas

 

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, laporan telah diterima berkenaan penderaan remaja terbabit dan ibu serta abang kandung mangsa telah dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan. kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jiran mangsa membuat pendedahan di media sosial mendakwa remaja terbabit dibiarkan tidur di luar rumah.

Menurut pengguna itu, remaja berkenaan disyaki diabaikan oleh keluarganya yang keluar berniaga di luar kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kita masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital kerana kesan kecederaan itu adalah kesan lama.

Polis masih menyiasat sejak bila mangsa dibiarkan tidur di luar rumah oleh keluarganya itu.

Sumber: Harian MetroJurais,

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×