Pempengaruh media sosial dan usahawan, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi pengalaman sewaktu mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi drama Perempuan Itu.

Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Pernah Minum Arak & Merokok Seumur Hidup

Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Nak Bedah Hidung & Tanam Rambut, Cari Pakar Terbaik Dunia – ‘Kalau Boleh Minggu Ini’

Pengalaman di set drama Perempuan Itu

Menerusi satu hantaran balas di aplikasi Threads, Iqbal mendedahkan dia pernah berdepan detik cemas di set penggambaran apabila pelakon utama, Zul Ariffin, didakwa hilang sabar terhadapnya gara-gara kesukarannya menghafal skrip.

Teringat pula masa pertama kali saya berlakon Perempuan Itu (TV3) dengan Zul Ariffin dan Mimi Lana. Hari pertama itu sampai hilang sabar Zul Ariffin keluar sebab saya tak dapat hafal skrip.

Pendedahan itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial bertanya mengenai bagaimana para pelakon mampu mengekalkan momentum menghafal skrip dari semasa ke semasa, memandangkan ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan.

Menurut Iqbal, bagi memastikan babak tersebut dapat diteruskan, krew produksi terpaksa meletakkan skrip di atas meja untuk rujukan.

Walau bagaimanapun, menyedari kelemahannya itu, Iqbal mengambil inisiatif dengan menyertai kelas lakonan bimbingan pelakon versatil, Fauziah Ahmad Daud.

Selepas beberapa kali shooting tu, saya terus pergi ambil kelas Ogy Ahmad Daud dan semua jadi lancar shooting 30 hari.

Sementara menjengah ke ruangan komen, ramai warganet serta individu yang pernah terlibat dalam bidang lakonan berkongsi pandangan bahawa para pelakon sebenarnya tidak menghafal skrip secara literal. 

Sebaliknya, mereka memahami jalan cerita dan dialog serta menyampaikannya mengikut gaya serta watak masing-masing.

Komen warganet, para pelakon

Sumber: Threads