
Sepanjang 31 tahun hidup di dunia, selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli menegaskan dirinya tidak pernah meneguk minuman keras.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Jalani Proses Tanam Rambut & Pembedahan Hidung Di Shanghai
Tak pernah minum arak
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Iqbal memaklumkan, dia juga tidak pernah menghisap merokok atau menggunakan rokok elektronik iaitu vape.
Saya tidak pernah minum arak walau sekali dalam hidup. Sama juga rokok dan vape, tidak pernah sekali pun.
Begitu pun, Iqbal mengakui pernah menjejakkan kaki ke kelab malam, namun hanya atas urusan kerja.
Kelab malam tidak pergi kecuali program pelancaran (biasanya produk antarabangsa).
Tegas Iqbal, pendiriannya itu bukan kerana mahu dilihat sebagai seorang yang baik, tetapi merasakan perkara tersebut tidak memberi sebarang manfaat dalam hidupnya.
Bukan sebab saya baik, cuma tidak terfikir ke situ. Saya juga punya pendirian.
Sumber: Instagram