
Harian Metro mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai akhbar pertama menerima anugerah ‘Media of The Year Media For Good Award’ dalam program Sustainability & CSR Award 2025.
Artikel Berkaitan: Harian Metro Anjur Batik Run, Suntik Kesenian & Kekal Aktif
THKM diiktiraf

Menurut pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit, anugerah itu diterima melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan kotak rezeki.
Katanya, kejayaan ini jelas menunjukkan usaha CSR menerusi THKM diiktiraf semua pihak.
Mengulas lebih lanjut, Husain berkata anugerah itu secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat untuk Harian Metro untuk terus komited merancang serta melaksanakan program kebajikan dan mencari lebih banyak kerjasama dengan badan korporat demi membantu golongan yang memerlukan.
Harapan kita supaya lebih banyak syarikat korporat di luar sana ingin menyertai program THKM dan membolehkan kita dapat membantu lebih ramai penerima di luar sana.
Penerimaan anugerah pada malam ini juga membuktikan usaha kita adalah ‘genuine’ (asli) dengan membantu golongan memerlukan secara rela hati dan ikhlas.
Husain berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah itu di sebuah hotel pada Khamis lalu.
Turut hadir, Pengarang Eksekutif (Kandungan) Muhamad Safar Ahmad, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Yusri Abdul Malek, Pengarang Berita Kanan merangkap Pengarah Projek TKHM, Noor Azam Abd Aziz dan Penjenamaan dan Pemasaran Harian Metro, Meeza Abu Bakar.
Husain menyatakan bahawa kemenangan ini mengesahkan Harian Metro sebagai akhbar yang komited terhadap kesejahteraan komuniti.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)