Pejam celik pejam celik.. Sudah lebih setahun usia perkahwinan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Rumah tangga pasangan ini lebih dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Menangis Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasullullah
Suami tak penat tegur
Memetik laporan Harian Metro, Neelofa akui beruntung apabila suaminya sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran buat dirinya dalam menjadi isteri dan Muslimah sejati.
Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula.
Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.
Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.
Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu.
Dah tak ‘gila’ bekerja
Menurut usahawan berumur 33 tahun itu, selepas bersalin dan melalui fasa baharu sebagai ibu, kehidupannya tidak lagi terikat dengan jadual harian yang padat.
Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman.
Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur diberikan perjalanan kehidupan yang seimbang baik daripada segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.
Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.
Saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran.
Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya.
Sumber: Harian Metro