berita

Hariz Hamdan Nak Keluar Dari Zon Selesa, Bukan Setakat Watak Anak ‘Megah Holding’

April 9th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Hariz Hamdan sedia menerima kritikan penonton apabila mencabar diri untuk lari daripada membawa watak anak orang kaya.

Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Pernah Alami Masalah Kesihatan Mental -‘Perasaan Kosong, Nak Bercakap Macam Memaksa’

Nak pelbagai watak

Menurut Hariz, selepas tiga tahun sinonim dengan drama-drama ‘Megah Holding’, dia mahu ‘move on’ kerana enggan lagi dilabel sebagai pelakon stereotaip.

Saya masih muda dan perjalanan karier saya masih panjang. Saya tidak mahu dikenali dengan satu watak sahaja.

Justeru, tahun ini memang saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai watak berbeza. Jika dikritik, saya menerima dengan yang terbuka.

Kritikan adalah perkara yang baik jika dilihat daripada sudut positif, ini bermakna ada orang menonton drama lakonan saya.

Biarpun masih ‘mentah’ dalam dunia seni, aktor berumur 21 tahun ini bersyukur apabila bakatnya mendapat kepercayaan banyak pihak. Buktinya, pada bulan ini, enam buah drama lakonannya ditayangkan serentak.

Drama tersebut adalah, Andai Itu Takdirnya, Isteri Halal, Gadis Exxtra, Alamak Lagi-Lagi Dia, Sis Sayang Kamu dan Hari-Hari Seorang Pendosa yang akan disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 15 April ini.

Rezeki berlakon dengan pelakon hebat

Dalam pada itu, finalis pertandingan Hero Remaja 2020 juga berkongsi pengalaman bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Nabila Huda, A. Galak dan Puteri Aisyah dalam drama Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa.

Drama ini agak berat dan amat meruntun hati. Dalam cerita ini saya berlakon sebagai adik  angkat kepada Nabila Huda. Bekerja dengan mereka yang kita tahu sangat hebat dalam lakonan memberi ruang untuk saya belajar.

Apatah lagi Ellie Suriaty adalah guru lakonan saya, jadi set penggambaran drama ini ibarat bilik darjah untuk saya.

SKIP THIS AD ×