Pelakon, Hun Haqeem mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental beberapa tahun lalu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tersipu Malu Dengan Pengakuan Sendiri, Hawa Rizwana Pilih Hun Haqeem Sebagai ‘Celebrity Crush’
Artikel berkaitan: Viral Video Hun Haqeem Salam, Cium & Peluk Wanita?
Artikel berkaitan: ‘Jangan Suruh Mereka Solat, Baca Al-Quran’ – Hafreez Adam Mohon Jaga Sensitiviti Golongan Masalah Kesihatan Mental
Punca masalah peribadi & kerja
Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, masalah tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk masalah peribadi dan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Bagaimanapun, aktor berusia 25 tahun itu enggan memperincikan mengenai masalah yang dialaminya.
Setiap orang akan mengalami masalah mental health ini, tidak kira dia seorang selebriti ataupun tidak. Itu dugaan daripada Allah. Saya sendiri pernah berdepan masalah mental health.
Banyak isu dan punca menyebabkan saya berdepan masalah mental health, sepanjang tahun 2021 dan 2022 merupakan tahun yang mencabar untuk saya. Banyak perkara yang jadi namun saya tidak dapat kongsikan dengan terperinci.
Namun sedikit yang saya boleh beritahu, sebagai seorang pelakon, ia melibatkan beberapa perkara ketika di lokasi penggambaran, banyak gunakan tenaga. Campur pula dengan masalah peribadi, itu adalah antara faktor saya alami mental health.
Tambah Hun lagi, ketika dia berdepan masalah itu, perasaannya seakan kosong selain menyedari sikapnya mula berubah.
Perasaan saya ketika itu kosong, ada kalau nak bercakap dengan orang atau ahli keluarga macam memaksa. Perkara ini mungkin ada yang pandang remeh, untuk saya tidak, ia isu yang serius.
Macam budak-budak kecil yang ada di rumah saya mungkin mereka harap saya pulang dapat bermain dengan mereka, namun sebalik. Sikap saya macam menakutkan mereka. Itu adalah tanda yang tidak baik, saya tidak boleh reda sebab itu saya kena ubah.
Berjumpa pakar psikiatri
Dedah Hun lagi, dirinya turut mendapatkan rawatan dengan berjumpa pakar psikiatri. Malah, dia mengambil masa selama setahun untuk pulih daripada masalah tersebut.
Dalam masa sama, pelakon drama Kampung People musim pertama itu meluahkan rasa syukur apabila keluarga menjadi individu yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Keluarga dan rakan baik adalah orang yang banyak beri sokongan untuk saya. Malah saya bersyukur, tiada sebarang tindakan luar kawalan yang saya buat, mungkin saya punya masalah masih minor. Bersyukur, Alhamdulillah banyak orang di sekeliling yang tolong saya ketika itu.
Masalah mental ini kadang kita tidak boleh bergantung kepada agama sahaja, ada masa mental kita perlu pertolongan dengan berinteraksi dan dapatkan bantuan manusia juga, sekiranya berlaku lagi, saya perlu bangkit dan lawan.
Saya berjumpa dan minta tolong juga dengan pakar psikiatri. Sebanyak 10 kali perjumpaan saya dengan pakar tersebut. Ia mengambil masa lebih setahun juga untuk saya pulih. Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sangat semuanya kembali baik.