berita

Harris Alif Beri Jambangan Bunga Buat Intan Ladyana Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-38

June 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi, Harris Alif mengaku sedang mengenali dan memendam perasaan terhadap Intan Ladyana. Terbaru, pasangan ini sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila Intan memuat naik satu posting di mana dia menerima jambangan bunga sempena sambutan hari lahir ke-38 daripada kekasihnya itu. Sweetnya!

Happy birthday my lucky charm

https://www.instagram.com/p/CA7pq-lggqQ/

https://www.instagram.com/p/CA7RGqdATlN/

Intan berkongsi satu kiriman surat ringkas yang memaparkan keperibadiannya amat istimewa di mata Harris. Menurut Harris,   Intan seorang yang sangat istimewa buat dirinya dan dia menghargai setiap detik bersama Intan. Tambahnya, Intan berjaya mengubah kehidupannya sejak mereka berkenalan. Ucapan sempena ulang tahun kelahiran turut diucapkan oleh Harris.

Perbezaan umur bukan penghalang

Nama Harris dan Intan semakin mencuri tumpuan apabila mereka sering memunjukkan kemesraan di media sosial. Meskipun perbezaan umur mereka 17 tahun, Harris mengakui bahawa ianya bukan pengalang buat mereka untuk meneruskan hubungan cinta.

Sumber: Intan Ladyana & Harris Alif

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×