berita

Harris Alif Buat SOP Raya, Tak Bagi Orang Cium Anak – ‘Ibu Bapa Yang Kena Hadap Kalau Jadi …’

May 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Meraikan Hari Raya Aidilfitri di kala pandemik Covid-19 masih belum berakhir sangat membimbangkan golongan ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil.

Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Selamat Bersalin, Harris Alif Luah Rasa Syukur

Buat SOP sendiri

Menurut penyanyi dan pengacara Harris Alif, 23, dia menyedari anak tercinta, Eviee Khadeeja, akan menjadi tumpuan ramai ketika mereka pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Bagi melindungi keselamatan bayi yang baru berusia empat bulan, Harris akui terpaksa membuat ‘larangan’ sendiri dengan menghalang orang luar dari mencium.

Budak-budak ini sangat sensitif dengan orang nak cium, nak pegang. Untuk perkara itu, saya kena buat SOP sendiri.

Bukan tak bagi orang lain nak pegang atau cium anak tetapi bayi ini masih fragile.

Kena berjaga-jaga

Bagaimanapun kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, dia tidak kisah sekiranya individu terbabit hanya ingin memegang anak perempuannya itu tetapi harus berpada.

Setakat nak pegang sahaja tak ada masalah. Dengan situasi sekarang ini agak rumit, terpaksalah kami berjaga-jaga untuk keselamatan anak kecil.

Dalam pada itu, pelakon drama Bila Chacha Masuk Asrama menekankan sekiranya terjadi perkara tidak diingini terhadap Eviee, dia dan isteri, Intan Ladyana yang terpaksa menanggung.

Saya takut juga kalau jadi apa-apa yang tidak diingini, ibu bapa yang kena hadap semua itu. Jadi, berkemungkinan besar saya dan Intan akan pesan untuk tidak cium anak kami. Siapa tak sayang anak kan?

Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan perkahwinan itu menjadi perbualan netizen disebabkan jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak penghujung Januari lalu.

Sumber: Instagram @harrisalif

SKIP THIS AD ×