Pelakon Harris Annuar, bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isteri tercinta, aktres Asha American sedang hamil anak sulung.
Artikel Berkaitan: Asha Merican Cuba Pakai Tudung Labuh, Netizen Doa Semoga Istiqamah
Artikel Berkaitan: Empat Tahun Menyulam Cinta, Harris Annuar Sah Milik Asha Merican
Artikel Berkaitan: Sedih Tak Dapat Teman Ibu Jalani Pembedahan, Harris Annuar Mohon Doa Netizen
Nak bau simen
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Harris menyatakan selain daripada ‘mabuk’ dan alahan, mengidam bau simen juga antara momen yang tak akan dilupakan sepanjang isterinya berbadan dua.
Dalam video tersebut, Asha, 26, dilihat menghidu bau dinding simen di setiap penjuru kawasan tangga kecemasan. Menurut Harris, bau simen akan membantu Asha untuk mengelakkan diri daripada muntah.
Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan. Siapa macam ini jugak?
Netizen pun mengidam juga
Ruangan komen anak kepada pengusaha produk terkenal Kak Ton, dibanjiri dengan perkongsian netizen tentang mengidam perkara yang pelik-pelik.
Rata-rata warganet menyatakan perbuatan suka bau simen yang dialami Asha bukanlah sesuatu yang aneh kerana ada yang lagi ekstrim apabila mengidam bau minyak petrol.
Untuk rekod, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga Asha telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022.
Sumber: Harris Annuar