Siapa sangka dengan hanya menyimpan duit syiling selama tiga tahun seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85).
Artikel Berkaitan: 3 Tahun Simpan Duit Syiling Dalam Tabung, Peniaga Kaki Lima Beli Kereta ‘Cash’ RM80 Ribu
Peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit sesuai digunakan bagi menggambarkan ‘kegigihan’ wanita ini.
Simpan duit syiling tunai umrah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian sambasinformasi di laman Instagram memaparkan seorang wanita yang sempat bergambar bersama duit syiling yang disimpan sebelum membungkusnya ke dalam plastik. Bahkan, turut kelihatan beberapa individu yang lain membantunya dalam mengira duit syiling tersebut.
Menerusi laporan, duit simpanan tersebut dipercayai akan digunakan bagi menunaikan umrah.
Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85) Bolehlah saya pergi ke umrah.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan mereka turut mendoakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan serta dapat menunaikan niat baiknya itu.
Sumber: Suara.Com