berita

‘Hasil Perkahwinan Terdahulu Isteri Saya Ada Tiga Anak, Seronoklah Daniel Ada Kawan Baharu’ – Along Cham

April 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon dan pelawak Along Cham kembali bergelar suami selepas lapan tahun memegang status duda.

Artikel Berkaitan: Along Cham Tamat Zaman Duda – ‘Berkat Doa Kalian Selama Ini’

Terbaru, menerusi laporan BH Online, Along memberitahu mengapa mereka memilih untuk bernikah di bulan Ramadan yang mulia ini.

Mahu dapat keberkatan

Menurut Along, dia dan isteri mahu mendapatkan keberkatan 10 malam terakhir Ramadan. Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, dia dan isteri, Afreena Suhaimi selamat diijabkabulkan di Putrajaya.

Tambah Along, isterinya seorang ibu tunggal. Bercerita mengenai detik awal perkenalan, Along mengakui bahawa dia tidak menyangka perkenalan melalui platform media sosial membawa hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin.

Tempoh perkenalan kami tidak lama, iaitu kira-kira enam bulan sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa terlalu cepat saya buat keputusan untuk berkahwin, namun, saya anggap itu semua jodoh.

Biarpun singkat, kami bentuk hubungan ini perlahan-lahan. Lagipun, tidak semestinya kalau kita kenal lama, kita boleh faham dirinya. Apa yang penting, dia boleh terima saya dan anak dengan baik. Itu adalah kriteria utama yang perlu ada untuk calon isteri saya.

Ujar Along lagi, dia meminta pendapat anaknya, Ahmad Daniel terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Saya tanya Daniel, kalau hendak cari calon isteri, dia suka wanita ‘single’ atau ibu tunggal. Daniel minta pilih ibu tunggal kerana dia mahu cari kawan. Daniel cakap, kalau saya kahwin dengan wanita bujang, dia kena tunggu lama untuk dapat adik. Hasil perkahwinan terdahulu, isteri saya ada tiga anak.

Anak sulung dan anak kedua adalah lelaki manakala bongsu perempuan. Seronoklah Daniel ada kawan baharu.

Ditanya keistimewaan Afreena hingga hatinya terbuka memilih wanita itu sebagai isteri, Along tertarik dengan kelembutannya.

Dia bukanlah peminat saya. Walaupun dia tahu saya artis, tetapi, dia tidak tahu segala-galanya mengenai saya. Filem lakonan saya pun dia tidak tahu. Dia lemah lembut manakala saya tegas. Kiranya, dia ibarat air dan saya seperti api.

Terdahulu, Along menyerahkan mas kahwin bernilai RM350 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×