Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam di Malaysia yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘cuci duit haram’ melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan yang didakwa sah.
Artikel berkaitan: Polis Dah Ada Senarai Nama Selebriti Terlibat Macau Scam, Minta Tampil Beri Kerjasama
Terbaru, timbul pula dakwaan pelakon Chacha Maembong memperolehi dana perniagaan dari individu berstatus ‘Dato’ yang sedang disiasat oleh SPRM. Bagaimanapun, pelakon ini menafikan dakwaan tersebut yang telah menjatuhkan reputasinya.
Menafikan terima dana perniagaan
Chacha Maembong menerusi laman Instagram rasminya menjelaskan dakwaan tidak benar berhubung dirinya terlibat dengan menerima dana daripada seorang berpangkat ‘Dato’. Tambahnya, dakwaan tersebut telah mengaitkan dirinya dengan aktiviti ‘Macau Scam’ dan juga perjudian online.
Hasil daripada titik peluh saya
Jelasnya, dia tidak mengenal seorang individu yang didakwa bernama Dato Zaidi Kanapiah sebelum ini dan mereka tidak pernah berjumpa. Tambahnya lagi, foto yang tersebar di media sosial menyaksikan Chacha bersama Datin Alya itu diambil pada sekitar Januari 2017 lagi, itupun hanya sebagai kenalan sahaja.
Chacha menegaskan sumber dana perniagaannya itu merupakan daripada hasil usaha titik peluhnya sendiri dan tidak melibatkan dengan mana-mana sumber individu lain.
Akan ambil tindakan
Dalam pada itu, Chacha berharap pihak berkenaan berhenti menyebarkan fitnah dan kenyataan tidak benar mengenai perniagaannya serta membuat permohonan maaf secara bertulis dengan segera.
Sumber: Chacha Maembong