berita

Hasrat Kahwin Tahun Depan Tak Kesampaian, Penyanyi AF4 Shazroul Fazlie Meninggal Dunia

October 3rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Bekas pelajar Akademi Fantasi 4 iaitu Shazroul Fazlie disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usus. Penyanyi itu menghembuskan nafas pada hari Rabu, kira kira 6.20 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, tunang kepada arwah iaitu Afiqah Syaqira terkejut dengan berita pemergiannya. Sepatutnya pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana arwah perlu berpindah ke Langkawi.

Kehilangan berat badan mendadak

Menurut ibu kepada penyanyi ini, Noraini Elias berkata arwah turut kehilangan berat badan yang mendadak dari 61KG kepada 45KG sepanjang dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU). Arwah juga telah menjalani sebanyak dua kali pembedahan pemotongan usus yang bocor sepanjang 90cm.

Saya terkejut hampir nak pengsan

Memeti laporan mstar, tunang kepada Shazroul berkata persiapan perkahwinan telah pun hampir siap termasuk jemputan kad kahwin dan persalinan raja sehari.

Kami sepatutnya berkahwin Julai lalu tapi disebabkan arwah berpindah kerja ke Langkawi, kami terpaksa menunda untuk kahwin dan berkahwin pada tahun hadapan.

Segala persiapan perkahwinan telah diuruskan. Kad undangan dan baju nikah pun saya dah simpan dalam almari. Saya tak sangka arwah pergi meninggalkan saya… dalam pukul 6.30 pagi saya dimaklumkan oleh kawan-kawan yang dia sudah tiada. Saya terkejut hampir nak pengsan.

Shazroul sebelum ini pernah menghasilkan album bertajuk Cuma dan berduet bersama Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati. 

Pencuri Hati nyanyian Shazroul

Pencuri Hati merupakan lagu nyanyian Shazroul bersama Adzrin Azhar. Lagu ini telah diterbitkan sekitar 2013 dan dimuatnaik sendiri menerusi akaun Youtube Shazroul Fazlie.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×