berita

Hasrat Nak Terjun Jambatan Tak Jadi Lepas Dipujuk Bekas Isteri…

February 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Gara-gara tertekan kerana mempunyai masalah rumah tangga, seorang lelaki dipercayai nekad bertindak cuba terjun dari jambatan di Jalan Pintas Rawang-Serendah (Rawang Bypass) dari Selayang menghala Sungai Buaya. Walaupun begitu, tindakan itu akhirnya berjaya dihalang oleh bekas isterinya.

Tak jadi terjun jambatan

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan daripada Sinar Harian, lelaki yang berusia 50 tahun itu telah berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut di tiang lampu jalan jambatan berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihak polis dan pihak penyelamat kemudian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian.

Setibanya di sana, mereka cuba menghalang dan memujuk lelaki berkenaan supaya tidak terjun dari jambatan yang berketinggian 100 meter itu tetapi sayangnya lelaki itu langsung tidak mengendahkannya.

Ketika dalam proses memujuk, datang seorang perempuan yang mendakwa bekas isteri suspek hadir untuk memujuk suspek. Suspek akhirnya berjaya dipujuk.

Baru berhenti kerja

Foto: Sinar Harian

Lelaki yang merupakan bekas pemandu peribadi itu dikatakan bertindak sedemikian kerana tertekan selepas mengalami masalah rumah tangga dengan bekas isterinya. Difahamkan, pasangan ini sudah bercerai pada 12 Januari lalu dan lelaki ini sedang berusaha untuk memujuk isterinya untuk rujuk semula.

Suspek yang baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dalam usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula. Ia adalah perkahwinan kedua suspek selama empat tahun dan tidak dikurniakan zuriat.

Sementara itu, suspek ditahan dan direman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×