berita

Lelaki Terjun Dari Tingkat 21 Selepas Selisih Faham Dengan Teman Wanita

September 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Perselisihan faham dengan teman wanita dipercayai menjadi punca seorang lelaki terjun dari tingkat 21 di pangsapuri OUG Parklane, Kuala Lumpur kelmarin.

Terjun bangunan tingkat 21

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dan teman wanitanya itu tinggal bersama di salah satu unit di bangunan terbabit. Akibat perselisihan faham yang berlaku, mangsa bertindak terjun dari bangunan tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden yang berlaku.

Hasil siasatan awal dilakukan mendapati lelaki berusia 20-an itu terjun dari tingkat 21 sebelum terjatuh pada tingkat tujuh bangunan sama berhampiran kolam renang.

Pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur-unsur yang mengaitkan dengan jenayah.

Susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Tambahnya, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk memberi keterangan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×