Dianggap sangat keterlaluan selepas didakwa menuduh penyanyi Anuar Zain sebagai seorang gay, usahawan kontroversi Datuk Seri Vida terus-menerus menerima kecaman dan kritikan daripada wargamaya.
Artikel Berkaitan: Peminat Suruh Bapa Saudara Ganti Ernie Zakri Di AJL36, Anuar Zain; ‘Lagu Boneka Itu Sangat Susah’
Artikel Berkaitan: Dato Vida Nafi Tuduh Anuar Zain ‘Gay’, Ziana Zain Anggap Tindakan Biadap
Jaga anak sendiri
Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan bukan. Jaga anak anak sendiri dahulu.
— Ernie (@ErnieZakri) January 26, 2022
Sebagai anak saudara kepada Anuar, penyanyi dan pelakon Ernie Zakri turut kelihatan bersuara di platform Twitter miliknya. Biarpun ‘indirectly’, rata-rata pengikutnya tahu ciapan itu mungkin ditujukan kepada Vida.
Ernie, 30, mengingatkan kepada Vida untuk lebih berhati-hati dalam menuturkan kata kerana dia juga mempunyai keluarga.
Selain itu, pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri juga menekankan kepada Vida untuk menjaga kedua anaknya terlebih dahulu sebelum membicarakan hal orang lain.
Money can’t buy class
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Boneka bersetuju dengan kenyataan itu. Malah, ada segelintir yang meminta keluarga Ernie untuk memberi pengajaran kepada Vida supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.
Sebelum ini, menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial, Vida menuduh Anuar sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis. Tindakan keterlaluannya itu juga telah membuatkan kakak Anuar iaitu Ziana Zain menulis komen ‘sangat biadap’.
Sumber: Twitter @ErnieZakri