berita

Peminat Suruh Bapa Saudara Ganti Ernie Zakri Di AJL36, Anuar Zain; ‘Lagu Boneka Itu Sangat Susah’

January 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri mengesahkan bahawa dia tidak akan beraksi menyanyikan lagu Boneka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 kerana sedang sarat hamil anak sulung.

Artikel Berkaitan: Tak Dapat Beraksi Di AJL 36, Ernie Zakri Bakal Bersalin Bulan Depan

Tak tahu siapa ganti

Biar pun belum mengetahui siapa pengganti, namun rata-rata peminat mencadangkan agar ibu atau bapa saudara Ernie iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain yang mengambil alih tugasan itu.

OhBulan! berkesempatan untuk bertemu secara empat mata dengan pelantun lagu Lelaki Ini. Anuar, 51, berkata secara jujurnya dia tidak mengetahui siapa penyanyi ganti pada malam kemuncak itu.

Boneka adalah lagu yang sangat menarik. Saya sendiri tak tahu siapa yang dipilih untuk menggantikan Ernie.

Sejujurnya, kalau kami berjumpa, kami memang kurang bercakap soal kerja.

Bukan lagu mudah

Kata pemilik nama Shahrul Anuar Zain, dia tidak ada menerima risikan daripada pihak Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri setakat ini.

Bagaimanapun, akur anak kelahiran Merlimau, lagu Boneka bukan mudah untuk dinyanyikan seperti yang disangka ramai orang.

Saya sendiri belum tahu siapa ganti, tetapi setakat ini bukan saya. Jika ada tawaran untuk ganti pun, saya tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya lagu Boneka itu sangat susah.

Mungkin ramai yang ingat lagu tu mudah, tapi susah sebenarnya. Saya sendiri berharap Ernie berjumpa dengan pengganti yang bagus.

Anuar ditemui di sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.

Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wabak melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal.

Harga tiket dari RM 230, RM280 dan RM380. Untuk sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian 011-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.

Sumber: Instagram @anuarzain70

SKIP THIS AD ×