berita

Hati-Hati Shopping! Lelaki Gila Seks Aktif Rakam Bawah Skirt Wanita Guna Taktik Ini

March 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jenayah seksual boleh berlaku tidak kira tempat. Walaupun anda sudah berada di tempat awam yang terdapat ramai orang, namun terdapat segelintir yang gila seks akan sentiasa mencari mangsanya. Berwaspada selalu dan perhatikan keadaan sekeliling walau di mana anda berada.

Menerusi Facebook James Chow mendakwa menjadi saksi seorang lelaki gila seks yang merakam bawah skirt pengunjung wanita di pusat membeli belah menggunakan teknik membawa beg yang telah diletakkan telefon untuk merakam.

Sorok telefon dalam beg beli belah

Kejadian berlaku di satu pusat beli belah lebih kurang jam 7 petang itu semasa dia bersama teman wanitanya sedang berjalan di kedai jualan baju. Kemudian dia ternampak seorang lelaki membawa beg membeli belah yang mencurigakan. Lelaki tersebut yang bukan warganegara merakam secara senyap bawah skirt wanita menggunakan telefon yang disorokkan itu dalam salah satu beg membeli belah yang dibawanya.

Banyak video yang telah dirakam

Selepas meyedari kejadian itu, dia kemudiannya memaklumkan kepada pengawal keselamatan kedai tersebut untuk siasatan. Sebelum menahan suspek, dia bersama pengawal keselamatan berpakaian preman mengekori suspek yang berjalan ke kedai lain untuk memastikan kegiatan suspek itu benar berlaku. Terbukti apa yang disyaki itu benar kerana suspek cuba merakam bawah skirt pengunjung wanita di kedai lain. Suspek kemudiannya ditahan dan di bawa ke bilik pengawal keselamatan dan mendapati banyak video wanita yang berjaya dirakamnya. Suspek diberikan sesi kaunseling untuk tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Laporan polis telah dibuat

Laporan polis telah di buat dan berharap agar tindakan lanjut dikenakan terhadap suspek. Dia turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana untuk berhati-hati semasa berjalan terutama jika terdapat seseorang yang berdekatan dan membawa beg di tangan kerana berkemungkinan kejadian rakam sedang berlaku,

Sumber: James Chow

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×