Menerusi konsert minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Dato Hattan selaku juri tetap program berkenaan meminta pihak penerbit untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran, semalam.
Artikel berkaitan: Menangis Masa Konsert Terpaling Juara, Dato Hattan Minta Ifa Raziah Kawal Emosi
Hazami dan Ifa Raziah dua terendah?
Di akhir program, Dato Hattan meminta Haziq dan Shiha untuk membacakan dua nama peserta yang menduduki dua tangga terbawah. Menurut Haziq, Hazami dan Ifa Raziah memperoleh markah yang terendah berdasarkan persembahan semalam. Berikutan daripada itu, Hattan menyatakan bahawa dia tidak mahu penyingkiran berlaku pada malam tersebut.
Ini bottom tu. Maknanya tak boleh ada penyingkiran. Aku tak nak penyingkiran. Aku tak setuju. Kalau tidak aku tak datang minggu depan. Saya dengan Fauziah Latif setuju tak ada penyingkiran. Tanya penonton. Lawan lagi baru minggu ketiga.
Selain Hattan, kapten Naim Daniel dan Akim Ahmad juga bersetuju agar tidak berlaku penyingkiran pada konsert tersebut. Ujar Naim, dia akan melakukan yang terbaik sebagai kapten untuk membantu Ifa Raziah pada minggu hadapan. Manakala, Akim berkata dia percaya Hazami mampu memberikan yang terbaik sekiranya dapat bertanding untuk konsert seterusnya.
Justeru itu, Haziq akhirnya mengumumkan bahawa tiada penyingkiran yang berlaku. Pada konsert tersebut juga, penonton dapat menyaksikan Syaz meraih anugerah ‘Persembahan Terbaik’ untuk kali kedua berturut-turut. Shaz membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.
Bertemakan lagu-lagu ‘Cinta’, pentas ‘Terpaling Juara’ dibuka oleh Aqmal. Aqmal telah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama diikuti Ifa Raziah (Sekuntum Mawar Merah). Pentas dihangatkan lagi dengan persembahan Hazami (Mas Mona) dan Aqeesh (Tak Tercapai Akalmu). Pemenang persembahan terbaik iaitu Syaz telah membawakan lagu ‘Purnama Merindu’ nyanyian asal penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza manakala, Rahmad Mega menyanyikan lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’.
Nak tahu macam mana persembahan mereka untuk minggu hadapan, nantikan!