Menerusi program hiburan ‘Terpaling Juara’ minggu kedua, penyanyi, Ifa Raziah kelihatan sangat beremosi ketika menyampaikan lagu ‘Di Pintu Syurga’ nyanyian asal Dayang Nurfaizah. Kenapa?
Artikel berkaitan: Cetus Kontroversi Bertubi-Tubi, Ifa Raziah Mohon Maaf – ‘Saya Akan Cuba Perbaiki Diri…’
Artikel berkaitan: Penyanyi Lagenda Berentap Dengan Bintang Baharu, Rebut Gelaran Terpaling Juara
Artikel berkaitan: ‘Baki Duit Tinggal RM200 & Sewa Rumah Tertunggak Empat Bulan’ – Hazami
Teringat sesuatu ke?
Sebelum konsert minggu kedua itu berlangsung, Ifa Raziah dilihat mengalirkan air mata ketika melakukan sesi latihan. Ifa Raziah didakwa teringat akan sesuatu peristiwa masa silam tatkala menyampaikan lagu tersebut. Mana taknya, lagu ‘Di Pintu Syurga’ itu berkisahkan tentang seseorang yang mengharapkan pertemuan semula dengan orang yang tersayang di syurga kelak.
Ifa yang dibimbing oleh Kapten Naim Daniel bagaimanapun tidak mahu berkongsi mengenai apa yang bermain di fikirannya ketika menyanyikan lagu tersebut. Ketika ‘live’ Ifa sekali lagi menyentuh emosi para penonton termasuk juri tetap program tersebut iaitu Dato Hattan dan Fauziah Latif.
Jangan terlalu emosi
Menurut Dato Hattan, dia berharap Ifa Raziah tidak terlalu emosi ketika melakukan persembahan. Ini kerana, di bahagian akhir nyanyiannya itu terdapat masalah sedikit.
Assalamualaikum dik, teringat kisah dulu-dulu ke apa? tapi saya suka bila adik ambil part chorus. Boleh rasa emosi tu. Tetapi jangan terlampu emosi dalam setiap lagu. Saya pernah kena macam ni. Dia akan ganggu kita, akan jadi goyang. Macam last part tu saya tahu Ifa nak kawal emosi. Sikit saja part last tu di pintu syurga.
Episod kedua semalam, menyaksikan Shaz (Shazreen Shaharum) merangkul Anugerah Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Shaz menyanyikan lagu ‘Selamat Jalan Romeo’ yang pernah dipopularkan oleh Ramlah Ram ketika Anugerah Juara Lagu ke-9.
Sumber: TV3