berita

Hawa Rizwana Digelar Mangsa Fesyen, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Pakaian Ketat

June 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pengacara Hawa Rizwana menjadi topik bualan selepas penampilan yang digayakan mencuri perhatian warga media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Baju Yang Saya Gayakan Itu Labuh’ – Hawa Rizwana Minta Maaf Pakai Seluar Ketat

Baju sendat

Terbaru, busana yang dipakai oleh Hawa sekali lagi menuai kecaman warganet. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hawa dilihat mengenakan dress labuh berona merah jambu.

Pelakon baharu itu tampil ketika mengacarakan program hiburan bersama penyampai radio, Keanu Azman.

Longgarkan sikit

Berdasarkan pemerhatian, rata-ratanya kurang senang dengan busana yang nampak ketat dan tidak manis untuk wanita yang berhijab.

Selain itu, ada juga menyamakan baju Hawa, 28, seperti sarung nangka dan dilabel ‘tangkap muat.

Dalam pada itu, wargamaya memohon kepada pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan untuk lebih berhati-hati ketika memilih pakaian memandangkan dirinya seorang ‘public figure.’

Sebelum ini, Hawa pernah dikritik gara-gara mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×