Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana mengakui dia cukup selektif dalam menerima tawaran sebagai duta sesebuah jenama memandangkan komitmen kerjanya yang sentiasa padat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dapat Markah 39/100 Untuk Subjek Matematik Di Sekolah’ – Hawa Rizwana

Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Pilih Cantik Semula Jadi, Tolak Pembedahan Plastik – ‘Tak Mahu Ubah Wajah Kerana Komen Netizen’

Jenama penuh keyakinan

Menurut Hawa, atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, dia terdetik hati untuk menerima tawaran jenama selepas ‘disunting’ kerana percaya akan keberkesanannya kepada masyarakat.

Saya tidak mudah untuk menerima tawaran duta.

Tapi apabila saya mengetahui lebih lanjut tentang Estika Medispa, tentang komitmen mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan, saya rasa ini adalah jenama yang saya boleh wakili dengan penuh keyakinan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi syarikat berkenaan, Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir berkata, pemilihan Hawa dibuat berdasarkan imej dan kredibiliti yang dimilikinya, bukan semata-mata kerana status popularitinya.

Kolaborasi bersama Hawa Rizwana telah membawa Estika Medispa ke khalayak yang lebih luas.

Hari ini, lebih ramai rakyat Malaysia mengenali kami, dan yang lebih penting, mereka mempercayai kami. Itulah yang kami cari.

Estika Medispa yang kini mempunyai 37 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan memberangsangkan dari segi jualan serta pengukuhan kesedaran jenama selepas melantik Hawa sebagai duta rasmi mereka.

Pelantikan tersebut merupakan sebahagian daripada strategi yang dirancang secara teliti bagi memperkukuhkan kedudukan jenama dalam industri kecantikan tempatan yang semakin mencabar.

Dalam pada itu, mereka juga berpandangan bahawa dalam suasana pasaran yang kompetitif, menawarkan perkhidmatan berkualiti sahaja tidak memadai, sebaliknya kepercayaan pengguna perlu dipupuk secara berterusan menerusi pendekatan yang lebih menyeluruh.