Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana menegaskan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjalani pembedahan plastik pada wajah meskipun sering menerima komen negatif mengenai penampilannya di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Senang Tengok Hawa Rizwana & Boss James Borak Topik ‘Tangkap Basah’ – ‘Segan Betul Tengok Betulkan Tudung’

Tolak pembedahan plastik

Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, berkata. dia lebih selesa memilih rawatan estetik bukan invasif bagi mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa melakukan perubahan drastik pada wajah.

Jelas aktres berusia 31 tahun itu, sebagai individu yang aktif di media sosial dan kerap muncul di hadapan kamera, dia tidak menafikan bahawa komen berkaitan penampilan merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi.

Sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, saya tidak menafikan bahawa komen tentang penampilan merupakan satu cabaran yang perlu saya hadapi.

Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia boleh menjadi tekanan.

Bagaimanapun jelas Hawa, tekanan tersebut tidak seharusnya menjadi penentu kepada keputusan besar yang melibatkan wajah serta identiti diri seseorang.

Pembedahan plastik bukan satu pilihan untuk saya. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang.

Saya cuma mahu enhance apa yang sudah ada. Bagi saya, kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik.

Sebagai duta Estika Medispa, saya melihat rawatan anti-penuaan moden sebagai satu langkah pencegahan yang bijak bagi membantu mengekalkan seri serta keanjalan kulit secara progresif dan selamat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Estika Medispa, Dr Haq Wasa berkata, trend kecantikan masa kini semakin menjurus kepada hasil yang lebih semula jadi serta dilakukan secara berperingkat.

Estika Medispa yang kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya menawarkan pelbagai rawatan estetik bukan invasif dengan penggunaan teknologi terkini bagi membantu pelanggan mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit tanpa perlu menjalani prosedur pembedahan.

Kami menggalakkan pencegahan awal. Dengan rawatan yang konsisten dan bersesuaian, keperluan untuk prosedur invasif boleh diminimumkan.

Sepanjang 11 tahun beroperasi, Estika Medispa telah membantu mencantikkan lebih daripada 100,000 kulit wajah rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju dalam industri estetik bukan invasif di negara ini.

Kolaborasi bersama Hawa Rizwana bukan sekadar pelantikan duta, sebaliknya membawa mesej bahawa kecantikan boleh diurus secara bijak, selamat dan berperingkat tanpa perlu mengorbankan identiti atau kecantikan semula jadi seseorang.