
Pengacara terkenal, Hawa Rizwana menepis dakwaan berkaitan dirinya sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hawa Rizwana Tak Terburu-Buru Cari Jodoh, Bapa Letak Dua Syarat Buat Bakal Menantu – ‘Solat Subuh & Tidak Merokok’
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Hidap Bulimia Sejak Sekolah, Sensitif Isu Berat Badan – ‘Saya Makan & Muntahkan’
Kawan dengan semua orang
Ketika ditemui OhBulan!, Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan berkata pada ketika ini dia tidak mempunyai jejaka istimewa di hati memandangkan belum mempunyai perancangan untuk melanjutkan ke fasa serius.
Siapa? Setakat ini saya memang belum ada perancangan untuk mengenali lelaki hingga ke fasa seterusnya.
Saya cuma berkawan sahaja dengan semua orang dan tiada sesiapa lelaki yang istimewa buat masa sekarang.
Waktu mencabar
Bercerita lanjut, Hawa turut mengakui mempunyai kekangan masa setelah memulakan karier sebagai usahawan.
Pun begitu, dia tidak menolak sekiranya terdapat individu yang mahu berkenalan dengan lebih lanjut dengannya.
Bagi saya, sekarang masa yang sangat mencabar, saya pula sibuk sebab baru buka perniagaan sendiri.
Jadi nak fokus pada hubungan istimewa itu susah dan belum ada yang boleh terima perkara itu.
Apa-apa pun, saya terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa, harapnya ada calon sesuai buat saya nanti.