berita

Haziq Hussni & Sean Lee Antara Dua Nama Bakal Pengacara Baharu Melodi Bersama Ain Edruce?

August 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Esok pada 7 Ogos 2022, rancangan hiburan tempatan, Melodi akhirnya akan memperkenalkan pengacara terbaharu. Seperti sedia maklum pada Julai lalu Ain Edruce secara rasminya telah menggantikan Nabila Huda sebagai pengacara Melodi.

Sejurus selepas itu, Ain digandingkan dengan beberapa pengacara jemputan antaranya Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad dan Shalma Aina. Untuk episod minggu ini, seorang pengacara tetap akan diperkenalkan bagi menerajui program tersebut. 

Antara Haziq dan Sean?

Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi hos bersama-sama Ain. Namun, ada ura-ura mengatakan antara dua nama yang menjadi buah mulut orang ramai ialah Haziq Hussni dan Sean Lee. Nama pengacara yang sedang meningkat naik, Haziq Hussni menjadi antara pilihan untuk mengacarakan Melodi. Jika melihat pengalamannya dalam bidang pengacaraan, tidak mampu lagi disangkal kebolehannya.

Pernah menjadi hos bagi Anugerah Juara Lagu Ke-34, ini menunjukkan kredibiliti dan bakat beliau dalam bidang ini. Jika sebelum ini Haziq pernah menjadi juruhebah radio, semestinya Haziq tidak asing lagi dalam mengikuti dan melaporkan berita berkenaan industri hiburan.

Pernah terima pelbagai tawaran

Jika sebelum ini Sean Lee pernah mengacarakan Mbuzz, sudah semestinya beliau tidak kekok dalam mengacarakan rancangan hiburan seperti ini. Hadir dalam industri sebagai pelakon, Sean juga menerima pelbagai tawaran sebagai pengacara. Antara program yang dihoskan olehnya adalah I Can See Your Voice Malaysia dan Lazada Super Show. Mungkin dengan pengalaman yang diperoleh akan membawa nafas baru kepada Melodi.

Menjadi pengacara bagi sebuah rancangan hiburan yang telah bertahan selama lebih tiga dekad ini pastinya menjadi satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar. Namun kita tidak dapat nafikan dengan adanya pengacara yang hebat ini mampu membuat penonton untuk kekal bersama Melodi. Jadi siapa yang korang rasa akan digandingkan bersama Ain Edruce? Jangan lupa saksikan Melodi Ahad ini jam 12:30 tengah hari!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×