berita

Rangkaian Fesyen Headline™ Seoul Dibuka Di KLCC

July 19th, 2013 | by Ai
Kini Trendy

1354193538989

Berita baik buat semua peminat fesyen Korea! Bermula pada hari ini, jenama Headline™ Seoul kini telah mula diperkenalkan di Isetan KLCC, Kuala Lumpur.

Kalau anda nak tahu, Headline™ Seoul adalah label fesyen yang menggabungkan gaya antarabangsa dengan fesyen jalanan dari Seoul.

Kesemua rangkaian pakaian dan aksesori dari butik ini sememangnya sesuai untuk mereka yang gemar menggayakan fesyen ringkas namun masih nampak jelita dan kekal selesa.

yus

Demi memenuhi keperluan gadis Asia yang inginkan fesyen terkini, Headline™ Seoul menampilkan tiga gaya utama iaitu Clean Classics, Girly Chic dan Trend-Led.

Tidak seperti kebanyakan butik pakaian antarabangsa yang lain, Headline™ Seoul menawarkan harga yang lebih berpatutan bermula dari RM50 hingga RM300 untuk semua koleksinya.

Jadi, bagi yang ingin memiliki koleksi pakaian dan aksesori untuk Hari Lebaran nanti, anda boleh berkunjung ke butik Headline™ Seoul di Isetan KLCC pada 19 Julai hingga 2 Ogos 2013 bersempena dengan promosi pembukaannya.

Sementara itu, ayuh cuci mata dengan melihat beberapa keping foto koleksi fesyen daripada Headline™ Seoul di bawah. Semuanya nampak menarik, kan?