Suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Mohamad Nedim Nazri meluahkan rasa kurang senang apabila nama isterinya tiba-tiba ‘dipetik’ terpalit dalam kes membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Dakwa Ditipu Kontraktor, Dah 4 Bulan Tinggal Di Hotel – ‘Minggu Depan Tak Siap, Korang Masuk Penjara’
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Mengaku Masih Sayang Aliff Aziz, Yakin Satu Hari Akan Berubah – ‘Saya Pun Jujur Beritahu Bella’
Boss Ned bagi amaran
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nedim atau mesra dengan sapaan Boss Ned memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak melibatkan isterinya dalam kes tersebut.
Saya harap semua sihat, lama saya tidak bersuara. Rasanya sebelum ini macam tiada apa-apa.
Cuma saya nak tanya hebat betul Aliff Aziz ini sampai nama isteri saya pun terpalit?
Bagi saya saudari jangan petik nama isteri saya dengan senang. Kalau tak bersalah baik diam.
Dalam hantaran sama, Nedim turut menegaskan mengenai akibat yang akan berlaku sekiranya nama isterinya terus ‘dipetik’.
Awak tahu apa akan terjadi pada awak. Sekian terima kasih.
Sumber: Instagram