berita

Sarah Yasmine Mengaku Masih Sayang Aliff Aziz, Yakin Satu Hari Akan Berubah – ‘Saya Pun Jujur Beritahu Bella’

April 28th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Wanita yang mendakwa sebagai kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengakui masih sayang penyanyi dan pelakon itu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Boyfriend Ruhainies Yang Bayarkan Semua Kos Melibatkan Aliff, Mungkin Sebab Tu Aliff Dengar Cakap Dia’

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Tak Takut Dengan Bella Tapi Takut Dengan Saya’ – Sarah Yasmine Kenal Wanita Naik Bas Dengan Aliff

Yakin Aliff akan berubah

Menerusi temu bual di TikTok HibGlam, Sarah juga jujur dengan isteri Aliff, Bella Astillah tentang perasaannya itu.

Apabila bercakap soal perasaan, masih ada lagi. Bukan macam satu hari jatuh cinta tiba-tiba hilang (perasaan).

Sarah jujur masih sayang. Sarah pun jujur dengan Bella juga perasaan itu masih ada.

Menurut Sarah, dia tidak mahu Aliff menanggung semua kecaman seorang diri manakala yang lain terlibat dapat melarikan diri.

Niat saya jujur saya tak nak semua kebencian hanya diberi kepada Aliff tetapi yang lain-lain semua tak terkena. Dalam pada masa sama, saya boleh tolong Bella juga.

Malah, ibu tunggal kepada dua orang anak ini yakin bahawa Aliff boleh berubah satu hari nanti.

Saya juga bukan sejenis orang yang suka menghukum tapi saya tahu dia akan berubah sebab saya nampak dia solat.

Dia okey, cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×