Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur kerana diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anaknya sebagai seorang ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Berumur, Malas Nak Bercampur Dengan Orang’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran, Selalu Minta ‘Check’ Bacaan Lepas Solat Maghrib
Kongsi Video
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), aktres berusia 46 tahun ini memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama anak-anaknya ketika masih kecil sehinggalah meningkat remaja.
Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki ini turut berkongsi perjalanan suka duka dalam membesarkan anak-anak. Tambah Rita, dia tidak menyangka dirinya mampu menghadapi segala cabaran itu seorang diri.
Tak pernah terbayang, waktu mereka sekecil ini, aku sudah galas tanggungjawab sorang-sorang. Hebatnya tenaga dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan juga ibu-ibu tunggal yang lain
Bukan itu sahaja, pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga menjelaskan perasaan yang dirasainya sukar untuk digambarkan sebaliknya hanya mampu meluahkan hal itu kepada yang Maha Esa.
Bukan senang ya. Tengok macam senang kan, liku-liku, lopak-lopak, gaung, duri di kiri dan kanan. Hanya kami saja yang dapat rasa. Nak terangkan dengan kata-kata memang tak dapat. Hanya dengan airmata saya cerita padaNYA. Syukur padaNYA yang telah menulis perjalanan hidup aku, indah dengan pengalaman. Sangat indah dengan bahagia cara kami sendiri.
Sekadar info, Rita Rudaini mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun telah bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Rita Rudaini