Semua orang tahu merokok boleh membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada penghisap malah orang yang berada di sekelilingnya. Namun masih ramai di antara perokok yang mengambil ringan perkara ini. Apabila berada di tempat awam pun selamba je mereka ini cucuh api kan?
Tindakan biadap seorang individu merokok ketika berada di restoran telah menimbulkan rasa marah lelaki ini. Siapa tak marah kalau anak kecil satu tahun terdedah kepada asap kan? Apa pendapat korang?
Sebelum cucuh rokok tu tak tengok kiri kanan ke?
Ini gambar selfie tengah hari semalam di sebuah kedai makan di Pandan Jaya, Ampang. Selfie ni bukan saje-saje sebarang selfie. Tapi selfie penuh makna.
.
Selfie ni sebagai PERINGATAN bagi semua PEROKOK-PEROKOK BANGANG di luar sana supaya mengurangkan kebangangan kalian di masa akan datang. Dulu aku merokok jugak tapi dah 4 tahun lebih berhenti, tapi kalau aku nak cucuh rokok, aku tak bodoh macam brader dalam gambar ni.
.
Hallo brader bajet acah-acah suwit pakai baju sedondon kaler pink tapi makan kedai tepi jalan ajet romantik gittew. Ni aku nak tanya ni. Sebelum cucuh rokok tu, tak tengok kiri kanan ke? Anak aku yang umur belum sampai 1 tahun tu duduk dalam kerusi budak betul-betul SEBELAH kau, jarak tak sampai 2 kaki dari kau, tak nampak ke? Ke kau nak makan kaki aku dulu baru kau nampak?
Nak merokok pergi jauh sikit
Aku dah lama gila tak mencarut tahu tak, tapi kali ni nak cakap, ape ke babi sungguh perangai? Serius aku amat menyirap semalam tapi tahan sabar. Terus aku angkat anak aku duk dengan aku. ITU PUN masih bau asap rokok ko kat tempat aku duduk tu. Nasib baik dah habis makan (Doris baru nak habis makan), cepat-cepat bayar, then cepat blah.
.
Nak merokok, terpulang kat ko lah. Aku tak larang. Tapi pergi jauh sikit. Duk luar sana, kiri kanan kedai tutup, duk kat kerusi kedai yang tutup tu. Tak boleh tinggal awek sekejap ke? Awek kau pun sama bangang 2×5. Takde la nak suruh pakwe dia hisap rokok jauh sikit ke ape ke.
.
Sekian, done menyumpah.
sumber : Syapik Hassan